Pengeluaran produk halal yang amat
diperlukan oleh orang Islam disediakan dari sumber halal dan diusahakan
oleh individu2 yang cuba mempraktikkan ajaran agama ini dengan
sesungguhnya.
sesungguhnya.
Molekul2 produk makanan yang diusahakan oleh pekerja2
yang berzikir dan mengingati Allah, disertai rasa takut dan cintakan
Tuhan akan mempengaruhi sel2 orang yang memakannya dan turut menjana
tenaga dan aura zikir dalam badannya.
Makanan yang benar2 halal adalah faktor berjayanya kelangsungan perjuangan
satu generasi umat Islam.
satu generasi umat Islam.
Sabda
Rasulullah SAW ” Hati yang baik ditempa dari makanan yang bersih ( iaitu
buatan tangan orang2 Muslim sendiri)”
Allah dan RasulNya menetapkan perintah fardhu
kifayah kepada umat
Islam menghasilkan sendiri makan minum mereka. Berdosalah umat Islam jika tiada
siapa di kalangan mereka yang mengusahakan keperluan ini.
Sesungguhnya, suci dan halal yang sah haruslah menurut ukuran Islam
dan OLEH umat Islam, bukannya ukuran datangnya dari
tangan orang bukan Islam. Marilah umat Islam kita
sama-sama berganding bahu menegakkan hukum fardhu kifayah ini.
Rasulullah berpesan bahawa berjemaah itu rahmat, berpecah
itu azab. Ini bermakna umat Islam hanya mampu menunaikan semua hukum-hakum
fardhu kifayah bilamana
mereka melakukannya secara bersatu dan beramai-ramai.
Berjuang bersama-sama mengikut disiplin Islam dan kaedah syariat berteraskan
rasa bertaqwa kepada Allah dan Rasul.
Perusahaan Roti Ikhwan juga dicetuskan atas niat untuk menyediakan peluang
pekerjaan kepada golongan yang memerlukan pembelaan hidup sama ada di dunia mahupun akhirat
seperti anak yatim dan fakir miskin.
Dalam
Islam, seseorang yang tidak membela anak yatim dan tidak memberi makan orang
miskin dianggap sebagai pendusta agama. Di dalam Al Quran, Allah mengancam
golongan ini dengan Neraka Wail yang mana dosa ini berpunca terutamanya akibat
lalai dalam sembahyang.
Ertinya memperjuangkan Islam itu termasuk
di dalamnya agenda untuk membela anak yatim dan
memberi makan fakir miskin.
Satu matlamat projek ini adalah untuk bebas
dari pinjaman yang berunsur ribaseperti meminjam dari institut
perbankan. Semua umat Islam adalah dialu2kan untuk berkorban
harta membangunkan projek milik umat Islam ini bersama-sama.
Petugas yang ikut menjayakan projek fardhu kifayah ini mestilah mereka yang sudah selesai atau sudah menyempurnakan fardhu ain mereka. Maksud Al Quran ” Allah hanya
menerima persembahan orang yang
bertaqwa”.
Dalam menjejaki Sunnah Rasulullah SAW,
pesuruh Allah junjungan kita ini pernah memperjuangkan pasar Ansar. Bermula
dengan sehelaii sepinggang untuk membangunkan ekonomi umat Islam di Madinah
melalui pengorbanan Saiyidina Abdul Rahman bin Auf r.a, pasar Ansar
berurusniaga dengan penuh kasih sayang secara layaknya
orang2 beriman berniaga. Tertawan
dengan gaya perniagaan selama enam bulan pertama sahaja, semua wang umat Islam
di Madinah berpusing di sekitar umat Islam yang ditaja oleh Rasullah. Hiduplah
ekonomi berlandaskan kasih sayang dalam beragama dan berakhirlah
ekonomi riba.
Bilamana perniagaan ini memerlukan begitu ramai tenaga dan wang,
maka secara automatik ia menjadi sebab umat lslam terikat antara satu sama
lain. Bahkan antara negeri dengan negeri boleh bersatu bahkan
kerjasama ini boleh pergi ke peringkat nasional dan antarabangsa.
Melalui perniagaan ini, mudah-mudahan impian untuk mempunyai
‘link’ sendiri dalam perjuangan akan menjadi kenyataan dan dengan izin dan
kuasa Allah, insya-Allah.
No comments:
Post a Comment