OBJEKTIF PERNIAGAAN

- Maruah Umat Islam
Untuk mengembalikan maruah umat Islam didalam melaksanakan fardhu kifayah dimana umumnya mengetahui terlalu sukar untuk mendapat daging yang halal tidak syubahat dan suci thaharahnya.  “hati itu ditempa oleh makanan”  (sabda Nabi Muhammad S.A.W). Bila hati bersih, akal dan jiwa akan bersih. “sesungguhnya dalam tubuh itu ada seketul daging, apabila baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya. Apabila ia rosak , maka rosaklah seluruh anggotanya. Ketahuilah itulah hati” (sabda Nabi Muhammad  S.A.W)
- Berkhidmat
Berkhidmat kepada masyarakat didalam membekalkan kekurangan sumber ternakan sebanyak 80% serta menyediakan /memasarkan produk yang berkualiti iaitu dengan mengikut syariat daripada menternak meninggalkan sampai kepada pengguna.
akan ditimpa kehinaan dimana mana sahajakanmu berada kecuali kamu tegakkan  Habluminallah (hubungan dengan Allah) dan Habluminannas (hubungan dengan manusia)” (Al Imran:12)
- Tujuan Komersial
Membantu perternak peternak kecil khususnya bagi memasarkan hasil ternakan mereka secara komersial.”bertolong bantulah diatas kebaikan dan ketakwaan” (Al Maidah:2) dan memajukan sector pernternakan supaya meningkatkan ekonomi Negara.
didorong keatas kamu adalah perniagaan kerana didalamnya adalah 9/10 rezeki daripada perniagaan” (Sabda Nabi Muhammad S.A.W)
-Model Kepada Masyarakat
Menjadi  sebuah syarikat yang produktif, berusaha, berdikari, berbakti dan menjadi contoh kepada masyarakat dan umat Islam amnya.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itumengubah apa yang ada daalm diri (hati dan jiwa) mereka” (Ar-Ra’ad:11)
·         Dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat supaya terhindar gejala social, pengangguran, kemiskinan dan sebagainya. Selain itu dapat memberi pembelaan terutamnya kepada fakir miskin dan anak yatim. Kemiskinan itu membawa kepada kekufuran” (sabda Nabi Muhammad S.A.W)
·         Melaksanakan zakat yang dapat memberi kemudahan dan kemasyalatan rakyat. Yang paling baik diantarany kamu yag paling banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain” (sabda Nabi Muhammad S.A.W)
·         Menjadi contoh dari segi perlaksanaan syariat dan akhlak. “ahli perniagaan yang jujur dan amanah akan ditempatkan beserta dengan para Nabi, orang yang benar dan para syahid” (sabda Nabi Muhammad S.A.W)
- Mengelakkan Pembaziran
Untuk menfaatkan sumber kekayaan alam secara cekap dan efektif supaya terhindar dari kerosakkan dan pembaziran sumber kekayaan alam semulajadi.
”Sesungguhnya orang orang yang membazir itu adalah saudara syaitan” (Al-Isra’:27)
“Inna solati wanusuki wamahyaya wammati lillahi rabbil’alamin”

“sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana ALLAH Tuhan Sekalian Alam”

No comments:

Post a Comment